Sunday 23 March 2014

Wednesday 12 March 2014

antara kebijaksanaan menilai situasi dan kegagalan menangani perasaan

Assalamualaikum w.b.t,
alhamdulillah.

haaaaa. ini adalah satu tajuk yang saya rasa paling kerap dibualkan oleh saya dan rakan-rakan.
kenapa tajuk ini dipilih? *kening-kening*

hari ni taknak guna bahasa ingeeris atau bahasa baku. nak guna bahasa santai je. biar sambil baca sambil berangin, dek santainya membaca post  ni kononnya ala-ala baca di tepi pantai gitu. haaaa okay hambar saya tahu.tah macam mana tah nak jadi cool macam angel pakai gucci tu.tsk tsk. sebelum saya mula,saya nak minta maaf kalau guna bahasa rojak,takde niat nak main-mainkan bahasa kebangsaan negara terchenta!saya sedang cuba memantapkan penggunaan bahasa inggeris di samping memantapkan bahasa malaysia. haaaaaa.harapnya clear la okay. dan suka saya ingatkan segala yang ada di dalam blog ini adalah PENDAPAT PERIBADI SAYA SEMATA-MATA, dan untuk informasi berkaitan fakta-fakta atau statistik mahupun tafsir ayat Al-Quran dan hadith, saya akan sertakan link  untuk semua rujuk. inshaALLAH. semoga ALLAH permudahkan urusan semua. 

"China hantar 10 satelit untuk cari MH370,
Malaysia hantar raja bomoh"

secara jujurnya, sejurus selepas saya membaca ayat yang diwarnakan dengan warna merah ini, terus saya tersenyum malu. malu. teramat malu. sehinggakan mahu saja saya lari masuk bawah katil menyorok walaupun saya sedang keseorangan pada waktu itu. memang terdetik di hati saya  "Ya ALLAH, apa malaysia ni. kelakar tahu kelakar?takde cara lain ke? dahla guna bomoh pulak tu *troll face*" sungguh saya tak tipu memang itu yang terdetik but then again. i re-think about it. dengan situasi sekarang, bila rakyat sendiri memperlekehkan negara sendiri, apa pula negara luar akan fikir?memang saya bantah 100% masuk campur raja bomoh tu!orang berkenaan pun satu dok layankan jugak bomoh tu sape suruh? cuba haih kalau wartawan takdak dok layan bomoh tu,mesti dia pun fed up.ni tak,layan jugak suka la dia merepek pun masuk paper.nak troll pun berpada-padalah jugak jgn smpai nampak sgt kelemahan kita ni.selama ini, kita cukup kagum dengan para mujahidin dan mujahidah palestin kerana mereka sangat kuat mempertahankan agama islam, yang melawan musuh Islam. mereka sangat unite. tapi mengagumi tanpa mempraktikkan itu  dua perbuatan yang nyata berbeza,lebih-lebih lagi pada waktu yang sangat kritikal ini.apabila, seluruh dunia tertumpu pada malaysia.

cuba bayangkan pemain bola sepak negara bertanding tetapi masing-masing tidak mahu bekerjasama. orang yang taktahu main bola pun dah boleh jangka pasukan negara akan kalah.sebabnya terlalu jelas tiada kesefahaman antara mereka. maka pihak lawan akan mudah menerobos gawang gol malaysia. simple situation. 

bukan saya desak untuk menyukai individu tertentu tetapi pada masa ini, buangkan dulu perasaan tidak enak itu. sekurang-kurangnya sehingga semua reda. fikir sebelum sebar sesuatu. jangan jadi pendek akal, sebar apa kita suka tanpa memikirkan kemungkinan yang ada. mungkin ada yang masih tidak tahu kebarangkalian mengenai false flag. yang dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370 berserta para  krew dan penumpang. saya tegaskan disini, tujuan saya share disini bukanlah untuk menakut-nakutkan semua dan tidaklah saya berpendapat bahawa ini pasti terjadi. tidak, tujuan saya agar semua yang membaca dpt berfikir secara kritis tentang persoalan yang diutarakan oleh penulis kerana saya secara peribadi tidak mempercayai 100% berkenaan hal ini tetapi

"belum kena bukan bermaksud takkan kena"


kebarangkalian untuk diserang itu sentiasa ada dan tidak dijangka. mungkin ada segelintir antara kita yang tak sedar betapa kecilnya negara kita dan betapa kerdilnya negara kita jika hendak dibandingkan dengan negara lain. dengan singapura pun saya tak berani jamin kita akan selamat jika diserang. saya tak doakan negara terancam,tp kita selalu diingatkan supaya "sediakan payung sebelum hujan". saya sentiasa mendoakan keamanan Malaysia. buangkan dulu keegoan anda dan mula berfikir secara rasional kerana, bijaksananya akal dapat mengalahkan kuatnya nafsu. dan sebagai orang Islam, terlebih pentingnya iman yang mantap. 

sekiranya ada isi yang dirasakan terpesong dr agama Islam, mohon anda ingatkan saya. mungkin terlepas pandang dan ilmu saya nyata masih terlalu sikit.akan diperbaiki dari semasa ke semasa. inshaALLAH. assalamualaikum.

p/s: kurangkanlah troll yang nyata menjatuhkan maruah individu. ramai yang "nampak" dosa seseorang tapi tak sedar pula malaikat belah kiri mencatat dosa. takut dalam usaha kita menjatuhkan orang di dunia, di akhirat kelak kita terjatuh ke neraka jahannam dek "usaha" kt di dunia itu.